Monday, April 2, 2018



Gabungan Herba Danshen Dan B-Cleansing Terbaik Untuk Stroke



Angin ahmar ataupun dalam istilah perubatannya iaitu stroke merupakan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke bahagian otak.

Dalam stroke, ia mesti melibatkan sama ada sumbatan dalam saluran darah ataupun salur darah otak pecah menyebabkan darah tidak boleh pergi ke bahagian otak yang seterusnya menyebabkan stroke.

 1. Istilah Perubatan
Angin ahmar: Dalam istilah perubatan dipanggil stroke. Ia disebabkan samada sumbatan pada salur darah ataupun salur darah di bahagian otak pecah menyebabkan fungsi otak terganggu.
Atherosclerosis: Penebalan dinding saluran darah disebabkan enapan kolesterol padanya
Embolic/emboli: Adalah darah beku yang berada dalam saluran darah.

2. Pengenalan
Stroke (angin ahmar) mempunyai pelbagai simptom seperti anggota badan menjadi lumpuh ataupun lemah, mata menjadi kabur sehinggalah pengsan. Akan tetapi kebanyakkan daripada pesakit akan mengadu lumpuh anggota badan(hemiparalysis) ataupun lemah anggota badan(hemiparesis).

Stroke (angin ahmar) boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

Haemorrhagic stroke(Strok berdarah). Disebabkan salur darah yang pecah dibahagian otak
Ischemic stroke (Stroke iskemik). Disebabkan salur darah tersumbat.

3. Faktor Risiko

Faktor risiko untuk masalah stroke (angin ahmar)  boleh dibahagikan kepada faktor yang boleh diubahsuai dan faktor yang tidak boleh diubah. Dengan mengetahui faktor risiko ini, penyebab kepada masalah angin ahmar dapat diketahui dan rancangan untuk mengelakkan daripada terkena stroke (angin ahmar)  dapat dibuat.

Faktor risiko stroke (angin ahmar) yang tidak boleh diubah

Umur. Mereka yang semakin berumur akan semakin berisiko untuk mengalami masalah ini
Sejarah sakit kepala disebabkan migrain
Sejarah keluarga yang mengalami stroke (angin ahmar).

Faktor risiko stroke (angin ahmar) yang boleh diubah:

Tekanan darah tinggi
Kencing manis
Masalah jantung. Sebagai contoh Atrial fibrillation, masalah injap, jantung lemah, mitral stenosis dan beberapa masalah jantung yang lain
Kolesterol tinggi
Carotid stenosis
Bacaan cystine yang tinggi dalam darah
Merokok
Minum arak
Obes

4. Punca Stroke (Angin Ahmar)
Punca kepada angin ahmar boleh dibahagikan kepada 2 bergantung kepada jenis strok.

Punca Ischemic stroke (angin ahmar)

Ischemic stroke (angin ahmar)  merujuk kepada sumbatan yang berlaku di dalam salur darah di otak yang menyebabkan kurangnya oksigen pergi ke bahagian yang terlibat. Ini akan mengganggu fungsi otak dan menyebabkan sebahagian badan hilang fungsi pergerakan dan lumpuh.

Oleh itu, ischemic stroke bergantung kepada masalah yang menyebabkan salur darah tersumbat

1. Atherosclerosis

Atherosclerosis merupakan penebalan pada bahagian dinding salur darah disebabkan enapan kolestrol pada dinding tersebut. Ketika dinding terlalu tebal, ia akan membentuk benjolan(Cholestrol plug) di dalam salur darah dan ia sangat rapuh.

Benjolan tersebut akan mengganggu aliran darah dan menyebabkan tekana pada bahagian benjolan tersebut semakin meningkat. Sampai suatu ketika benjolan tersebut akan pecah dan mendedahkan bahagian dalam dinding.

Bahagian dalam dinding mengandungi faktor yang akan memulakan pembekuan darah. Ini akan menyebabkan darah membeku dibahagian tersebut sehingga berlaku sumbatan pada aliran darah.

Pada ketika itu, bekalan oksigen akan berkurangan dan menyebabkan sel otak tidak dapat berfungsi dan mati. Inilah yang menyebabkan kelumpuhan pada tubuh badan disebabkan stroke (angin ahmar)

2. Embolic stroke (angin ahmar)

Terdapat juga punca lain yang menyebabkan ischemic stroke (angin ahmar). Ia boleh disebabkan jantung tidak berdenyut mengikut ritma yang normal. Contoh masalah jantung tersebut adalah antrial fibrillation. Dimana bahagian atas jantung tidak dapat berdenyut dengan normal menyebabkan darah tidak dipam sepenuhnya ke bahagian bawah jantung.

Darah yang berada dalam keadaan statik ini akan menyebabkan ia membeku dengan sendirinya. Apabila darah ini menjadi gumpalan, ia boleh dipam daripada jantung ke bahagian otak.

Gumpalan darah inilah yang akan menyekat dan menyumbat saluran darah di otak menyebabkan angin ahmar berlaku

angin ahmarSekatan darah beku yang disebabkan emboli

Punca haemorhagic stroke (angin ahmar)

Haermorrhagic stroke (angin ahmar) merujuk kepada angin ahmar yang berlaku disebabkan pecahnya saluran darah pada bahagian otak menyebabkan berlakunya pendarahan di kawasan tersebut. Ia akan menyebabkan bahagian otak selepas salur darah itu kekurangan bekalan oksigen yang membawa kepada kematian sel.

Pesakit akan lumpuh disebabkan fungsi otak untuk menggerakkan tubuh telah terganggu.

1. Tekanan darah tinggi

Pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah ini. Ini kerana apabila tekanan darah tiba-tiba menjadi tinggi, ia akan menyebabkan tekanan pada bahagian dinding saluran darah meningkat.

Apabila dinding tersebut tidak mampu menampung tekanan itu, ia akan pecah melepaskan darah di dalam salur darah ke luar. Pendaharan dalam otak akan berlaku dan menyebabkan haemorrhagic stroke

2. Aneurysm

Aneurysm adalah benjolan pada salur darah yang membentuk ruang kosong di dalamnya. Ia terjadi boleh disebabkan faktor keturunan dan atherosclerosis.

Ia boleh berlaku sejak kecil lagi dan aneurysm pada otak tersebut dipanggil sebagai berry aneurysm. Ia juga boleh berlaku ketika besar disebabkan atherosclerosis.

Dalam masalah ini, dinding aneurysm tersebut adalah lemah berbanding dinding salur darah biasa membuatkan ia lebih mudah untuk pecah. Sedikit kenaikan dalam tekanan darah akan membuatkan aneurysm itu pecah.

3. Masalah pembekuan darah

Terdapat beberapa jenis masalah pembekuan darah yang menyebabkan seseorang yang menghadapi masalah tersebut mudah untuk mengalami pendarahan pada mana-mana bahagian badan. Contoh masalah tersebut adalah seperti Hemophilia A dan B, masalah Von Willibrand dan beberapa jenis masalah pembekuan yang lain.

Jika pendarahan berlaku di dalam otak, ia akan menyebabkan fungsi otak terganggu dan stroke pun berlaku

4. Simptom
Terdapat beberapa simptom yang menunjukkan seseorang itu mengalami angin ahmar. Ia disebabkan bahagian otak yang terlibat dengan strok kehilangan fungsinya disebabkan sumbatan ataupun pendarahan yang berlaku pada bahagian tersebut.

Simptom tersebut adalah:

Lemah ataupun lumpuh anggota badan. Selalunya ia berlaku pada sebelah bahagian badan sahaja.
Kelumpuhan otot muka
Percakapan menjadi telo(tidak mampu bercakap seperti orang normal) ataupun langsung tidak mampu bercakap
Tidak boleh menelan
Ketidakseimbangan badan ketika berjalan.
Sakit Kepala yang kuat
Pengsan
Kelumpuhan pada bahagian muka sebelah kiri disebabkan angin ahmar

5. Diagnosa-diagnosa lain
Terdapat beberapa diagnosa lain yang mungkin akan menunjukkan simptom yang sama. Ianya adalah:

Sawan
Kanser otak
Masalah metabolik seperti kekurangan sodium(hyponatremia) ataupun kekurangan gula(hypoglycemia)
Bell palsy

6. Penyiasatan
Bagi masalah angin ahmar, penyiasatan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pengimejan dan pengambilan sampel darah. Selalunya untuk mengesahkan seseorang itu mengalami serangan strok, prosedur pengimejan sahaja sudah cukup.

Pengambilan sampel darah pula diperlukan untuk mengetahui bacaan asas seperti bilangan sel darah, fungsi hati dan buah pinggang supaya masalah lain boleh dikesan dan rawatan dapat diberikan secara optimum.

Pengimejan

Penyiasatan yang selalu dilakukan untuk mengesahkan seseorang itu mengalami masalah angin ahmar adalah dengan membuat pengimejan CT(Computed Tomography scan) di bahagian otak

Ia akan menunjukkan kawasan mana yang berlaku strok. Malah ia boleh membezakan sama ada pesakit mengalami strok iskemik(Ischemic stroke) ataupun stroke berdarah(Haemorrhagic strok)

CT Scan pesakit yang mengalami strok iskemik. Kelihatan bahagian otak tersebut sedikit gelap disebabkan kematian sel otak

CT-scan bagi pesakit yang mengalami Strok berdarah(haemorrhagic stroke). Warna putih tersebut adalah darah

Sampel darah

Selalunya pengambilan sampel darah adalah lebih kepada untuk melihat bacaan asas untuk pesakit tersebut seperti jumlah sel darah, fungsi hati, fungsi buah pinggang, faktor pembeku darah dan beberapa lagi bacaan yang penting.

Ia juga digunakan untuk menunjukkan bahawa simptom kelumpuhan yang dialami oleh seseorang itu bukan disebabkan masalah lain seperti kekurangan gula dalam darah(hypoglycemia) dan kekurangan unsur sodium dalam darah(hyponatremia)

7. Rawatan
Rawatan untuk pesakit angin ahmar adalah bergantung kepada jenis strok. Kedua-dua jenis stroke mempunyai rawatan yang berbeza

Stroke Iskemik (Ischemic stroke)

1) Ubat cair darah jenis anti-platlet

Strok iskemik adalah disebabkan pembekuan darah yang menyebabkan salur darah tersumbat. Oleh itu, pemberian ubat untuk mengelakkan dariapda pembekuan darah itu daripada terus berlaku perlulah diberikan kepada pesakit.

Ubat yang selalu diberikan adalah aspirin.

2) Ubat darah tinggi

Pesakit yang mengalami strok selalunya mempunyai tekanan darah tinggi. Ada perbezaan pendapat dalam menggunakan ubat tekanan darah untuk rawatan angin ahmar. Ini kerana jika tekanan darah dikurangkan, bermaksud tekanan pada bahagian yang tersumbat akan berkurangan.

Ini akan menyebabkan darah lagi tidak mengalir pada bahagian tersebut dan membuatkan strok menjadi semakin teruk.

Akan tetapi jika tekanan darah terlampau tinggi, pesakit masih akan diberikan ubat tahan sakit kerana tekanan darah yang terlampau tinggi boleh menyebabkan strok berdarah(pendarahan dalam otak) disebabkan pecahnya saluran darah.

3) Rehabilitasi

Pesakit stroke iskemik selalunya mengalami kelumpuhan yang teruk berbanding stroke berdarah. Stroke berdarah mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk menyebabkan kematian. Tetapi jika ia sembuh, kelumpuhan badan itu mudah untuk sembuh.

Oleh itu, pesakit stroke perlulah menyertai program rehabilitasi dihospital atau klinik untuk menguatkan balik otot yang sudah lumpuh sebelum ini.

Stroke Berdarah (haemorrhagic stroke)

1) Rawatan sokongan

Jika pendarahan yang berlaku kecil, selalunya pesakit akan diberi rawatan sokongan sahaja. Sebagai contoh jika tekanan darah tinggi, ubat darah tinggi akan diberikan. Jika pesakit tidak mampu menelan, makanan akan diberikan melalui tiub terus ke dalam perut.

Ubat cair darah dilarang untuk diberikan kepada pesakit jenis ini kerana ia akan menyebabkan pendarahan menjadi semakin teruk

2) Pembedahan

Jika pendarahan yang berlaku di dalam otak terlalu besar, pembedahan perlu dibuat untuk mengurangkan tekanan dalam otak tersebut. Jika tidak, otak bahagian bawah akan dilotak keluar daripada tengkorak melalui liang pada bahagian bawah tengkorak iaitu foramen magnum.

Ia akan mengganggu fungsi otak dan mengancam nyawa pesakit.

Pembedahan yang selalu dilakukan adalah ‘decompressive craniectomy’. Ia melibatkan pembukaan sebahagian kecil tengkorak untuk mengurangkan tekanan di dalam tengkorak.

Bagi kedua-dua jenis stroke (angin ahmar), pengubahsuaian dalam aktiviti seharian perlu dilakukan untuk mengurangkan stroke (angin ahmar) terjadi lagi. Ianya melibatkan
Senaman yang selalu
Kawalan tekanan darah
Berhenti merokok
Berhenti meminum alcohol
Rawatan Alternatif Herba

Selain pendekatan di atas  rawatan herba adalah yang lebih mudah dan murah untuk merawat sakit stroke.Produk keluaran Tasly dari China yang di perbuat dari bahan bahan herba tulen telah terbukti secara saintifik serta lulus ujian klinikal dari USFDA.
Ramai yang telah kembali pulih dan sihat seperti sebelumnya .Kandungan herba nya mampu membersihkan sumbatan dan juga darah beku yang terjadi.

Jika anda ingin membuat pesanan boleh klik


call/whatsapp

>>0122122769-Pn Zainon
>>0122122769-Pn Zainon
>>0122122769-Pn Zainon      email:info@anugerahherbatasly.com